PERATURAN PENGINAPAN

Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut :-

  1. Waktu Check-in 2:30 petang hingga 6.00 petang dan Waktu Check-out 12:00 tengahari. Sila patuhi masa check in/check out yang betul. Sila SMS/WhatsApp saya setengah jam sebelum check in/check out. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in pada hari itu, masa check-out boleh dilanjutkan dengan kadar RM5/jam atau dengan persetujuan budi bicara. (Dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan).
  2. Sebagai tanda "pegang janji", kami memerlukan deposit RM50/nite untuk "block date" khusus untuk pengunjung yang benar-benar ingin membuat tempahan. (Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan). 
  3. "Bayaran Penuh" mesti dibuat semasa check-in. (Semasa kunci diberi.)
  4. Tetamu hendaklah mengisi BORANG PENGINAPAN HOMESTAY terlebih dahulu sebelum check in dan kami perlu menyerahkan salinan borang tersebut kepada Security Guard untuk rekod keluar masuk pelawat. Nombor Pendaftaran Kenderaan hendaklah tepat seperti yang tercatat di dalam Borang Penginapan Homestay.
  5. Bilangan tetamu/penghuni yang dibenarkan untuk menginap ialah 10 ORANG kerana kami menyediakan 3 buah bilik tidur sahaja. 
    Jika ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut, pihak kami hanya membenarkan MAKSIMUM 15 ORANG SAHAJA
    Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. Pihak kami tidak menerima rombongan tetamu yang terlalu ramai contohnya rombongan sebuah bas atau rombongan 5 biji kereta kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah contohnya masalah keselesaan dan masalah parking.
  6. Dilarang sama sekali mengadakan sebarang majlis keramaian / jamuan atau family day.
  7. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan sama sekali. Penyewa Muslim sahaja.
  8. Harap maaf. Binatang peliharaan tidak dibenarkan menginap bersama.
  9. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
  10. Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
  11. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.
  12. Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan dan susun semula di tempat asalnya.
  13. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.
  14. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu petak parkir penghuni lain. Kereta/kenderaan pengunjung hanya boleh parkir di petak luar yang tiada bumbung sahaja. Parkir berbumbung adalah milik penghuni tetap.
  15. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup suis lampu, suis kipas dan paip air sekiranya keluar atau tidak digunakan. Tutup tingkap sebelum meninggalkan homestay.
  16. Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar. Diharap juga tidak mengubah kedudukan sebarang perabot di dalam homestay.
  17. Sampah dibuang ke dalam tong/bakul sampah yang disediakan. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat.
  18. Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu dan gril homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay.
  19. Sebelum check out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal. Barang yang tertinggal akan dilupuskan.
  20. Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat sebarang kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang "kejadian" kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami.
  21. Peraturan mandi di kolam renang adalah dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam sahaja. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mesti ditemani dan dipantau oleh ibubapa/orang dewasa. Tidak dibenarkan mandi di kolam dalam bilangan yang ramai. (TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT) >>Lihat Peraturan Mandi Kolam.
  22. Pengurus/tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu.


"SEMOGA ANDA 
BERPUASHATI DAN GEMBIRA 
KETIKA BERADA DI HOMESTAY KAMI."

"TERIMA KASIH DAN SILA DATANG LAGI."

"SELAMAT JALAN 
DAN 
BERHATI-HATI DI JALANRAYA."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan