Peraturan Mandi Kolam

Para penyewa Rania Homestay yang dihormati, 

Di kawasan luar homestay ini memang terdapat kemudahan kolam renang untuk pemilik unit Rose Villa Apartment. Ia bukanlah hak milik Rania Homestay tetapi ia kemudahan untuk pemilik unit apartment di situ. Justeru itu, ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk kebaikan bersama.



Di sini saya nyatakan beberapa Peraturan Mandi di Kolam Renang Rose Villa Apartment Kulaijaya.


  1. Penyewa TIDAK DIBENARKAN mandi di kolam renang dengan bilangan yang ramai pada waktu yang sama.
  1. Penyewa yang ingin mandi di kolam renang HARUSLAH memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.
  1. Penyewa tidak digalakkan mandi semasa hujan lebat, guruh atau petir.
  1. Penyewa adalah DILARANG berkelakuan tidak senonoh atau sebarang tindakan kacau ganggu pengguna lain.
  1. Penyewa HENDAKLAH sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam.
  2. Peraturan mandi di kolam renang adalah dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam sahaja. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mesti ditemani dan dipantau oleh ibu/bapa/orang dewasa.
  3. TIDAK DIBENARKAN mengadakan hari keluarga, sukaneka, barbeque dan seumpamanya di kawasan kolam renang.
  4. Pihak Perbadanan Pengurusan Rose Villa berhak menegur atau menasihati mana-mana pengguna yang melanggar peraturan yang ditetapkan dan berhak mengarahkan pengguna yang tidak mematuhi peraturan supaya meninggalkan kawasan kolam dengan serta-merta.
             

   Terima kasih atas kerjasama para penyewa sekalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan